Sunday, January 15, 2012

Mazhab Cinta, Karya Penulisan dan Kausar Kreatif



Mazhab Cinta adalah antologi cerpen hasil karya saudara W.B.Rendra yang telah memenangi Hadiah Kategori Kumpulan Cerpen Remaja HSDT VII 2009. Ia menghimpunkan 24 cerpen beliau yang telah disiarkan di dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan Jendela Selatan.


Saya ucapkan terima kasih kepada saudara W.B.Rendra kerana telah memilih saya sebagai salah seorang penerima naskhah antologi cerpen tersebut semasa menyertai program anjuran saudara Rendra beberapa tahun lepas. Saya memang tidak sangka akan terpilih kerana saya fikir tentu ramai yang lebih layak dan memberi komen yang lebih baik daripada saya. Anda boleh lihat komen yang saya tulis dengan berkunjung ke Laman Blog W.B.RENDRA


Bermula dari kunjungan secara tidak disengajakan ke sebuah laman blog seorang editor, diikuti dengan beberapa laman blog yang lain, saya seakan 'terpanggil' untuk menceburi bidang karya penulisan kreatif. Sememangnya itu dua bidang berbeza - penulisan kreatif dan penulisan berbentuk maklumat dan tips. Pada masa ini saya sedang mempelajari teknik penulisan kreatif dan sibuk menyiapkan sebuah novel (ya, sebuah novel...). Tapi sama ada ianya akan berada di pasaran satu hari nanti atau tidak, itu di luar bidang kuasa saya. Sebagai insan kita hanya mampu berusaha, dan selebihnya terserah kepadaNya. Ekoran dari itu juga, saya telah wujudkan segmen berkaitan dengan bidang karya dan penulisan tanahair.

No comments:

Post a Comment